Pengurusan Dana Trade Mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri Kepada Semua Peserta
Akan Datang : Dana Tani buka peluang pelaburan dalam industri penternakkan kelulut.Nantikan pelancarannya pada 20 Julai 2017.

Al Mudharabah

DEFINISI MUDHARABAH:
  • Pihak yg ada modal @ wang akan menyerahkan wang tersebut kepada orang lain untuk menjalankan sesuatu perniagaan.
  • Pihak yang mengeluarkan wang tersebut tak akan mencampuri urusan perniagaan dan pada jangka masa akhir pengusaha akan pulangkan semula wang @ modal yg diberu bersama dengan keuntungan.
PIHAK YG TERLIBAT:
Ada 2 pihak yg terlibat dalam Mudharabah…
  1. Pelabur (Rabb Al-Mal) : yg memberi modal
  2. Pengusaha (Mudarib) : menerima modal dan mengusahakan perniagaan.
NISBAH KEUNTUNGAN:

Keuntungan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada awal kontrak.

KERUGIAN:
  • Ditanggung oleh pelabur jika kerugian di luar kawalan pengusaha.
  • Pengusaha hanya rugi masa dan tenaga.
JENIS-JENIS MUDHARABAH:
  1. Mudharabah Mutlak @ Mutlaqah
  • Pelabur serahkan modal kepada pengusaha tanpa mengenakan apa-apa sekatan atau syarat. Maksudnya dalam kontrak tak menyatakan tempoh, tempat perniagaan, jenis-jenis perniagaan, industri atau perkhidmatan, pembekal atau pelanggan.
2.  Mudharabah Muqayyadah
  • Perjanjian Mudharabah dengan bersyarat. Pengusaha mesti patuh kepada syarat2 yg ditetapkan. Contohnya akaun simpanan.